Monday 5 March 2012

Panduan Cucian CD

Salam..Kat sini saye nk share cikit tentang 'Bagaimana cara untuk mencuci CD' si manja anda..

Penting !!! Sila Prewash dahulu CD dan insert (penyerap) si manja anda yang baru dibeli sebelum menggunakannya seperti basuh, jemur sehingga kering dan basuh semula (sekurang-kurangnya 3 kali).
Tujuan Prewash ini adalah untuk membuang sisa-sisa kotoran daripada kilang dan membolehkan CD serta insert dapat menyerap dengan baik.

1. Bersihkan segala kotoran pepejal di CD ke dalam mangkuk tandas.
2. Keluarkan insert (penyerap) daripada poket lampin.
3. Bilas CD/insert menggunakan air sehingga bersih.
4. Letak/kumpulkan CD/insert ke dalam baldi khas untuk dicuci.
    (CD yg dikumpul tidak boleh melebihi 3 hari)
5. CD/insert yang dikumpul boleh dicuci menggunakan cucian tangan atau
    basuh dengan kuantiti air yg mencukupi dan gunakan sabun dlm kuantiti
    yg sedikit.
     (Gunakan sabun yg tidak berenzim, tidak berpeluntur dan tiada pelembut)
6. Jemur CD/insert terus ke cahaya matahari kerana cahaya matahari boleh
    bertindak sebagai peluntur dan pembunuh kuman secara semulajadi.

Amaran!!!
* Gunakan "Laundry Bag" untuk menjaga jahitan dan elastik getahnya.
* Jangan gunakan berus untuk mencuci CD/insert.
* Jangan direndam.
* Jangan gunakan peluntur, pelembut kain,nila dan sabun yg berenzim.
*

No comments:

Post a Comment